Tuesday, 8 October 2013

Tips Muka Berseri SENTIASA ^_^

Macam da basi ke tajuk tu ye..
Takpelah, tak kisah basi ke tak, saya tetap nak share...
Saya pun da beribu juta kali baca segala2 entry tentang muka berseri ni..
Dan apa saya nak tulis ni pun semua orang pun tahu..

Tapi..
Bezanya kalini ialah...
Saya menulis dari hati..
Dan dari PENGALAMAN saya sendiri...

Muka cantik tapi hati busuk, tak bersih buat apa..
Muka cantik, kulit putih,langsung takde jerawat, parut, dan segala2 kecelaan..
Tapi bila bersembang, dengar dia cakap 'bod*h, si*l, bang*ng, dan segala carut marut..
Kalau tak guna perkataan kotor, nadanya sentiasa SINIS, MARAH, ASYIK MENGELUH..
Kalau tak pun, ASYIK KOMPLAIN.. orang tu tak betul, orang ni tak betul, orang ni salah, orang ni tipu, orang-orang ni semuanya teruk la.. yang baik dan sempurna tu saya je..

Pernah jumpa orang mcm ni... or sebenarnya, tak perasan ke diri kita yg macam tu..?
Suka saya memberi fakta bahawa, orang2 sebegini...
TIDAK KAYA HARTA, MALAH TIDAK KAYA JIWA ...
Kalau orang tu kaya, lihat hidupnya mcmana..
Saat anda baca entry ini, terus lah fikirkan sesiapa sahaja yg berperangai mcmni, dan terus lihat hidupnya bagaimana.... ya TERUS LIHAT DAN KAJI SEKARANG...! YA SEKARANG!

.............................................

Sudah..? Tak payah pergi jauh, cuba lihat diri sendiri dulu adakah kita juga mcmtu..?
Dan terus lihat hidup kita bagaimana..
Kalau anda sentiasa mengalami KESULITAN utk kebanyakan urusan..
Kalau anda sentiasa mengalami KEBOCORAN WANG...
Kalau anda selalu SAKIT...
Kalau anda lihat di cermin wajah anda tidak cantik...
Maka anda adalah seorang yg TIDAK KAYA JIWA... apatah lagi KAYA HARTA..

Ubatnya ..??

....................................

HATI YG BERSIH ..... ^_^

Macam mana nak tahu hati bersih ke tak...?
Bila segala2 yg KEBURUKAN/KECELAKAAN berlaku ke atas anda, anda hanya SENYUM DAN TIDAK MARAH... 

Ye, bersih la tu kan... kalau tak, bahu kene langgar sikit dah keluar 'eeeiiiii org ni, tak nampak ke'...
Ambil contoh yg TERSANGAT MUDAH....
Rasulullah kene baling najis di Taif ketika berdakwah pun tak marah...
Sahabat nak tolong balaskan perbuatan tu pun Rasulullah tegah...
Siap tolong sorang makcik yg sakit lagi tu, dan makcik ni lah yg paling kerap buang najis pd Rasulullah... 
Ada Rasulullah baling balik najis tu atau padankan muka makcik ni bila dia sakit? 
Tak kan...siap tolong lagi....
Tu lah contoh hati bersih...
Jangan bg alasan, 'Rasulullah tu maksum...bolehla..'
Hellooo...Rasulullah tu bukan manusia ke... beliau manusia, dan orang mcm kita...
Sebab tu nabi dan rasul diangkat dari kalangan MANUSIA, bukan MALAIKAT...
Supaya, kita pun boleh mencontohi dan mengikut jejak2 macam tu...

Tipsnya ..??

1. Kalau minda/akal/emosi/badan anda sedang dalam mode negatif, CEPAT2 TUKAR kpd POSITIF!!
Caranya: FISIOLOGI CHANGE

Contohnya kalau anda tgh marah seseorang dalam keadaan berdiri, TERUS DUDUK! or TERUS PERGI DARI SITU!  Sebenarnya rasulullah pun dah ajar.. ambil wudhu, kalau berdiri, duduk.. kalau duduk, terus berbaring... kalau tak, terus ambil wudhu'. Psychologist kata tukar pergerakan anda... kalau rasa tgh malas, terus bangun! Bila terfikir, terus buat! Dan semuanya boleh terjadi, KALAU anda TERUS BUAT!

2. Bernafas dengan betul
Cuba tarik nafas.. kalau bahu anda yg naik, bermakna anda sedang bernafas dgn salah...

Cara bernafas dgn betul:
Letak tangan ke perut. Bila tarik nafas, perut anda mesti naik....bukan bahu.. ini baru bernafas dgn betul..
** Untuk ibu-ibu yg sedang contraction, teknik ini membantu mengurangkan 'sedikit' rasa sakit..

3. Hadiahkan Al-Fatihah kepada orang yg anda marah
Terasa nak marah dan geram pd orang yg buat naya kat kita, terus baca alfatihah untuk mereka, tanpa sebarang perasaan..cuba dulu..

Dulu saya seorang yg mudah marah....sebab saya pentingkan kesempurnaan..
Tapi urusan taklah sempurna sangat..
Jiwa sentiasa rasa sedih dgn perkara2 kecil...

Saya hanya buat tiga perkara di atas sahaja... selama 21hari berturut2... BUKAN mudah, tapi saya SENTIASA MENCUBA...

Alhamdulillah, saya sekarang tak mudah terusik dengan apa2 isu yg negatif ie. TAKDE AIR, MINYAK NAIK, DUIT TAKDE, GERAM ORANG NI, MARAH ORANG TU dll..

Saya tak heran sangat dgn perkara remeh2 walaupun perkara tu besar =)
Sebabnya, saya yang mengawal minda dan diri sendiri..
Bukan minda yg mengawal saya..

Dan yg bestnya, SALE SAYA TERUS NAIK SETIAP HARI...
Muka saya mungkin tak berapa licin, xberapa putih.... tapi orang2 di sekeliling selalu cakap muka saya 'tersenyum sentiasa'...

Tak payah percaya apa yg saya tulis....
TAPI CUBA DULU...
Baru decide nak percaya atau tidak...

Betapa saya nak semua orang berfikiran positif... supaya semua orang boleh aman jiwanya...


Zahra Weddings ^_^

2 comments: