Saya baru didatangi salah seorang pangkat diamond dalam salah satu mlm yg terkenal di malaysia.
berpendapatan 50k sebulan [kakak s]. yg sorang lagi, baru join setahun tapi dah dapat kereta sebuah [puan a]. CRV.. hebat kan?
saya juga berbisnes. dan saya hanya perhatikan presentation mereka.
sebulan 50k, siapa tak suka kan...
apa yg saya perhatikan, kenapa mereka2 ni berjaya. apa yg membuatkan mereka boleh berpendapatan seperti ini dan org lain masih terlalu jauh utk dapat.
mereka hanya berusaha lebih 2% sahaja, LEBIH DARI ORG LAIN!
tapi tentulah ada strateginya.
kadang2, berusaha punyalah 200% tapi takde strategi tak menjadi jugak kan.
ini antara analisis saya terhadap mereka yg berjaya:
1. SHARING BENEFIT
Bila marketkan sesuatu produk, kakak s ni tak cerita features produk tu.
cthnya, produk ni ada 18 sachet, harga die rm100, makan sebiji malam, pagi or ptg.
sebaliknya die bercerita ttg KEBAIKAN PRODUK ITU.
cthnya, ini organik. dan organik sgt baik utk kesihatan. produk ini halal sepenuhnya, sijil halal dari jakim. produk ini MEMBANTU UTK SURPRESS ALERGI dan makan utk jangka masa pjg, ia akan MERAWAT ALERGI ITU SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
dia tak sentuh langsung pasal cara makan, dibuat di mana, dan harga...melainkan bila saya tanya
2. UP-SALE
bila saya mula bertanya itu dan ini dan keluar dari tajuk produk di atas, dia MULA UP-SALE,
PRODUK INI JIKA DIMAKAN DGN PRODUK B HASILNYA AKAN LEBIH KELIHATAN.
walaupun saya tahu sgt3 bahawa dia sdg meng-up-sale-kan brg dia, tp saya juga tahu, teknik spt inilah yg membantu beliau utk berada di tahap sekarang. asalnya produk kesihatan shj, last2, brg dapo, brg masak semua hbs diceritakan.
3. POSITIF, YAKIN DAN CERIA
semasa presentation, beliau menyelitkan unsur humor dan 'touch' hati saya ttg kehidupan skrg dan impian kita semua utk bergaji 50k sebulan. terasa sgt dekat walaupun baru pertama kali berjumpa. kalau saya masuk pun, mungkin saya masuk sbb sy rasa dekat dgn beliau. dan sy lihat, beliau sgt immune dgn 'kata-kata' org di sekeliling. tak kira apa org ckp, SENTIASA DAN SELALU POSITIF SETIAP SAAT!
Walaupun saya tak mengambil satu produk pun dari beliau, [dan beliau bg byk sgt sampel utk saya cuba], atleast pada pihak beliau, 'saya sudah menyampaikan...sama ada dia ambil atau tidak, itu kerja Allah untuk memberi hidayah'. Saya tidak ambil dan tidak jadi member pun. Tapi saya sgt kagum dgn kesungguhan hanya 2% lebih dari usaha org lain. Kebanyakan org2 yg berjaya [hasil analisis sendiri] mempunyai 3 elemen penting yg sy nyatakan di atas.
Saya doakan agar beliau boleh bantu ramai lagi org lain yg perlukan bantuan, kaya dan berjaya dunia akhirat, malah lebih2 lagi.... amiinn ^_^
Zahra Weddings
No comments:
Post a Comment