Tuesday 22 October 2013

TIPS MARKETING :: TO BOOST UR BIZ!!

Saya baru didatangi salah seorang pangkat diamond dalam salah satu mlm yg terkenal di malaysia.
berpendapatan 50k sebulan [kakak s]. yg sorang lagi, baru join setahun tapi dah dapat kereta sebuah [puan a]. CRV.. hebat kan?

saya juga berbisnes. dan saya hanya perhatikan presentation mereka.
sebulan 50k, siapa tak suka kan...
apa yg saya perhatikan, kenapa mereka2 ni berjaya. apa yg membuatkan mereka boleh berpendapatan seperti ini dan org lain masih terlalu jauh utk dapat.
mereka hanya berusaha lebih 2% sahaja, LEBIH DARI ORG LAIN!
tapi tentulah ada strateginya.
kadang2, berusaha punyalah 200% tapi takde strategi tak menjadi jugak kan.

ini antara analisis saya terhadap mereka yg berjaya:

1. SHARING BENEFIT
Bila marketkan sesuatu produk, kakak s ni tak cerita features produk tu.
cthnya, produk ni ada 18 sachet, harga die rm100, makan sebiji malam, pagi or ptg.
sebaliknya die bercerita ttg KEBAIKAN PRODUK ITU.
cthnya, ini organik. dan organik sgt baik utk kesihatan. produk ini halal sepenuhnya, sijil halal dari jakim. produk ini MEMBANTU UTK SURPRESS ALERGI dan makan utk jangka masa pjg, ia akan MERAWAT ALERGI ITU SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
dia tak sentuh langsung pasal cara makan, dibuat di mana, dan harga...melainkan bila saya tanya

2. UP-SALE
bila saya mula bertanya itu dan ini dan keluar dari tajuk produk di atas, dia MULA UP-SALE,
PRODUK INI JIKA DIMAKAN DGN PRODUK B HASILNYA AKAN LEBIH KELIHATAN.
walaupun saya tahu sgt3 bahawa dia sdg meng-up-sale-kan brg dia, tp saya juga tahu, teknik spt inilah yg membantu beliau utk berada di tahap sekarang. asalnya produk kesihatan shj, last2, brg dapo, brg masak semua hbs diceritakan.

3. POSITIF, YAKIN DAN CERIA
semasa presentation, beliau menyelitkan unsur humor dan 'touch' hati saya ttg kehidupan skrg dan impian  kita semua utk bergaji 50k sebulan. terasa sgt dekat walaupun baru pertama kali berjumpa. kalau saya masuk pun, mungkin saya masuk sbb sy rasa dekat dgn beliau. dan sy lihat, beliau sgt immune dgn 'kata-kata' org di sekeliling. tak kira apa org ckp, SENTIASA DAN SELALU POSITIF SETIAP SAAT!

Walaupun saya tak mengambil satu produk pun dari beliau, [dan beliau bg byk sgt sampel utk saya cuba], atleast pada pihak beliau, 'saya sudah menyampaikan...sama ada dia ambil atau tidak, itu kerja Allah untuk memberi hidayah'. Saya tidak ambil dan tidak jadi member pun. Tapi saya sgt kagum dgn kesungguhan hanya 2% lebih dari usaha org lain. Kebanyakan org2 yg berjaya [hasil analisis sendiri] mempunyai 3 elemen penting yg sy nyatakan di atas.

Saya doakan agar beliau boleh bantu ramai lagi org lain yg perlukan bantuan, kaya dan berjaya dunia akhirat, malah lebih2 lagi.... amiinn ^_^

Zahra Weddings

Tuesday 15 October 2013

BERKORBANLAH .. DEMI KEBAIKAN ^_^

Salam Aidiladha utk semua kaum muslimin dan muslimat.
Semoga kita terus blh berkorban demi ISLAM dan berkorban dalam kebaikan.
JGN fikir 'Aku Terkorban' bila lakukan pengorbanan, kerana setiap pengorbanan demi ISLAM dikira JIHAD FISABILILLAH.
Selamat 'berkorban'..
Berani berniaga

www.facebook.com/szwedding
We are specialist in providing such a great products as listed: Wedding card Invitation card - aqiqah,birthday party, private event, any celebration Bunting/Banner Sticker with any shapes Tag Wedding/Balloon Tree Photo/Signage Artwork Frame Photo Booth Props Customised Yasin & Al-Ma'thurat Brown Pa...
Page: 1,825 like this

Monday 14 October 2013

DOA MAKBUL DI MAKKAH - SAINS MEMBUKTIKAN

Sempena Raya haji ni, suka saya nak share tentang 'kenapa di Makkah, doa manusia MUDAH MAKBUL'

Di sekeliling Kaabah dan di kawasan sekitar Mekah, dikelilingi warna merah jambu+violet yg sgt tinggi.
Mata kasar mungkin tidak nampak, tapi pengesan color dapat detect unsur color pink+violet yg sgt tinggi.
Unsur color pink+violet ini dari sudut sains merupakan simbol kasih sayang.
Di kawasan ini terdapat unsur color ini yg sgt tinggi , menunjukkan simbol kasih sayang BERGANDA-GANDA.

Jika hamba yg berdoa itu FOKUS, BERSUNGGUH-SUNGGUH, KHUSYU', BETUL2 MEMBERI TUMPUAN dgn apa yg dikehendaki, maka doa ini PASTI dimakbulkan ALlah insha Allah.

Kerana apa ..?

Kerana kuasa minda yg menumpu, dikelilingi dgn suasana dan keadaan di dalam unsur color ini, membuatkan si peminta berada dlm keadaan syahdu, tenang dan damai, sudah menepati hukum utk sesuatu doa itu diangkat.

Kalau si peminta tiada rasa fokus, was2, tak rasa hiba, takde rasa kasih, maka dia tidak mengumpul energi dari unsur color pink+violet ini, maka si peminta tidak menepati hukum utk sesuatu doa diangkat kerana dia tidak FOKUS.



Petikan bicara dari 'Di sebalik Kaabah' oleh Prof Dr Norhisyam Wahab

Saturday 12 October 2013

DOORGIFT :: CANDY/COOKIES IN JAR.. THE PHENOMENON..
























Biasa tgk kan..? 
Sekarang mcm dah slow sikit... tapi still ramai buat..
tapi before ni, mcm tsunami... semua nak glass jar ni utk doorgift wedding dia..
Actually inspired by the western jgk
Memang mahal harga diorang jual... kita kat malaysia..jual dalam rm1 - rm1.50 , glass jar dgn sticker je..
The western 2-3 dolar... ala, diorang maju, takkan nak sama kan..
Nanti kalau malaysia da maju pun harga mcm tu jgk... ye tak
This is only for the cuci mata je...
Ramai igt glass jar tu mcm ikea glass jar tu je...
Actually there are alot of collections.. cuma glass jar ikea tu mcm nice, sweet n simple... n plus cheaper than others kan...
Sumtimes bila kita provide utk customer this type of doorgift, bg yg nak bajet, kami akan sugest utk bg this glass jar, stiker and the candy/ aniting inside... dah nampak exclusive n jimat..
Masalahnya org kita, dah ltk glass jar, candy/filling, sticker, ltk lg dlm paper bag, ltk lagi kerepek2 lain, gula2 lain... kalau xmengeluh takpe..
Ini, asik komplain duit habis banyak... 
Kelaka... hehe

Tuesday 8 October 2013

Tips Muka Berseri SENTIASA ^_^

Macam da basi ke tajuk tu ye..
Takpelah, tak kisah basi ke tak, saya tetap nak share...
Saya pun da beribu juta kali baca segala2 entry tentang muka berseri ni..
Dan apa saya nak tulis ni pun semua orang pun tahu..

Tapi..
Bezanya kalini ialah...
Saya menulis dari hati..
Dan dari PENGALAMAN saya sendiri...

Muka cantik tapi hati busuk, tak bersih buat apa..
Muka cantik, kulit putih,langsung takde jerawat, parut, dan segala2 kecelaan..
Tapi bila bersembang, dengar dia cakap 'bod*h, si*l, bang*ng, dan segala carut marut..
Kalau tak guna perkataan kotor, nadanya sentiasa SINIS, MARAH, ASYIK MENGELUH..
Kalau tak pun, ASYIK KOMPLAIN.. orang tu tak betul, orang ni tak betul, orang ni salah, orang ni tipu, orang-orang ni semuanya teruk la.. yang baik dan sempurna tu saya je..

Pernah jumpa orang mcm ni... or sebenarnya, tak perasan ke diri kita yg macam tu..?
Suka saya memberi fakta bahawa, orang2 sebegini...
TIDAK KAYA HARTA, MALAH TIDAK KAYA JIWA ...
Kalau orang tu kaya, lihat hidupnya mcmana..
Saat anda baca entry ini, terus lah fikirkan sesiapa sahaja yg berperangai mcmni, dan terus lihat hidupnya bagaimana.... ya TERUS LIHAT DAN KAJI SEKARANG...! YA SEKARANG!

.............................................

Sudah..? Tak payah pergi jauh, cuba lihat diri sendiri dulu adakah kita juga mcmtu..?
Dan terus lihat hidup kita bagaimana..
Kalau anda sentiasa mengalami KESULITAN utk kebanyakan urusan..
Kalau anda sentiasa mengalami KEBOCORAN WANG...
Kalau anda selalu SAKIT...
Kalau anda lihat di cermin wajah anda tidak cantik...
Maka anda adalah seorang yg TIDAK KAYA JIWA... apatah lagi KAYA HARTA..

Ubatnya ..??

....................................

HATI YG BERSIH ..... ^_^

Macam mana nak tahu hati bersih ke tak...?
Bila segala2 yg KEBURUKAN/KECELAKAAN berlaku ke atas anda, anda hanya SENYUM DAN TIDAK MARAH... 

Ye, bersih la tu kan... kalau tak, bahu kene langgar sikit dah keluar 'eeeiiiii org ni, tak nampak ke'...
Ambil contoh yg TERSANGAT MUDAH....
Rasulullah kene baling najis di Taif ketika berdakwah pun tak marah...
Sahabat nak tolong balaskan perbuatan tu pun Rasulullah tegah...
Siap tolong sorang makcik yg sakit lagi tu, dan makcik ni lah yg paling kerap buang najis pd Rasulullah... 
Ada Rasulullah baling balik najis tu atau padankan muka makcik ni bila dia sakit? 
Tak kan...siap tolong lagi....
Tu lah contoh hati bersih...
Jangan bg alasan, 'Rasulullah tu maksum...bolehla..'
Hellooo...Rasulullah tu bukan manusia ke... beliau manusia, dan orang mcm kita...
Sebab tu nabi dan rasul diangkat dari kalangan MANUSIA, bukan MALAIKAT...
Supaya, kita pun boleh mencontohi dan mengikut jejak2 macam tu...

Tipsnya ..??

1. Kalau minda/akal/emosi/badan anda sedang dalam mode negatif, CEPAT2 TUKAR kpd POSITIF!!
Caranya: FISIOLOGI CHANGE

Contohnya kalau anda tgh marah seseorang dalam keadaan berdiri, TERUS DUDUK! or TERUS PERGI DARI SITU!  Sebenarnya rasulullah pun dah ajar.. ambil wudhu, kalau berdiri, duduk.. kalau duduk, terus berbaring... kalau tak, terus ambil wudhu'. Psychologist kata tukar pergerakan anda... kalau rasa tgh malas, terus bangun! Bila terfikir, terus buat! Dan semuanya boleh terjadi, KALAU anda TERUS BUAT!

2. Bernafas dengan betul
Cuba tarik nafas.. kalau bahu anda yg naik, bermakna anda sedang bernafas dgn salah...

Cara bernafas dgn betul:
Letak tangan ke perut. Bila tarik nafas, perut anda mesti naik....bukan bahu.. ini baru bernafas dgn betul..
** Untuk ibu-ibu yg sedang contraction, teknik ini membantu mengurangkan 'sedikit' rasa sakit..

3. Hadiahkan Al-Fatihah kepada orang yg anda marah
Terasa nak marah dan geram pd orang yg buat naya kat kita, terus baca alfatihah untuk mereka, tanpa sebarang perasaan..cuba dulu..

Dulu saya seorang yg mudah marah....sebab saya pentingkan kesempurnaan..
Tapi urusan taklah sempurna sangat..
Jiwa sentiasa rasa sedih dgn perkara2 kecil...

Saya hanya buat tiga perkara di atas sahaja... selama 21hari berturut2... BUKAN mudah, tapi saya SENTIASA MENCUBA...

Alhamdulillah, saya sekarang tak mudah terusik dengan apa2 isu yg negatif ie. TAKDE AIR, MINYAK NAIK, DUIT TAKDE, GERAM ORANG NI, MARAH ORANG TU dll..

Saya tak heran sangat dgn perkara remeh2 walaupun perkara tu besar =)
Sebabnya, saya yang mengawal minda dan diri sendiri..
Bukan minda yg mengawal saya..

Dan yg bestnya, SALE SAYA TERUS NAIK SETIAP HARI...
Muka saya mungkin tak berapa licin, xberapa putih.... tapi orang2 di sekeliling selalu cakap muka saya 'tersenyum sentiasa'...

Tak payah percaya apa yg saya tulis....
TAPI CUBA DULU...
Baru decide nak percaya atau tidak...

Betapa saya nak semua orang berfikiran positif... supaya semua orang boleh aman jiwanya...


Zahra Weddings ^_^

Monday 7 October 2013

Wedding :: Paper Lantern

Di sini ada some piccas of wedding using paper lanterns. So simple n nice. Check it out first =)














Ada juga kan wedding di Malaysia ni guna lanterns. Tapi tak menjadi main decoration mcm europian kat atas2 ni.. Biasanya lanterns di Malaysia jadi sampingan je kan. What if kita try buat mcmni? Of kos la kene kira budget kan..? Heheh.. Tapi for them, siapa yg buat lantern ni, dikatakan budget wedding. But still, it loosk so nice.
Tape2, juz kira je.. if betul2 x mampu, kita cuci mata je kat sini. If boleh berlebih kurang, apa salahnya buat. SO simple n nice. Sedap je mata memandang ^_^

Sebenarnya lanterns ni boleh DIY.
Ill update LATER how to diy the lanterns. Tungguuuuuu.... ^_^

Zahra Weddings

Wedding centerpiece :: which one do you prefer ..?

Penggunaan centerpice di Malaysia tak begitu meluas. Biasa kita tgk, kalau pergi wedding, meja guest kosong je kan.
Unlike org eropah, even meja guest, diorang so meticulous. After all, it all comes to budget kan.
Nak centerpiece every table blh je..tapi bajet pun mesti tambah kan..



 Kalau bunga dan lilin, mcm biasa la kan..biasa kita tengok.



Kalau rustic , kayu2 ni jarang kita tgk di Malaysia. Ke xpernah tgk..? Saya mmg tak pernah tgk langsung.. oh.. ada satu wedding.. saya rasa anak sulung Tan Sri Nazimudin yg perempuan tu kahwin, rasa mcm ada unsur2 rustic mcm ni, tapi tak sure kalau die buat rustic centerpiece mcm ni. Macam senang je kan tgk centerpiece ni. Agak2 blh buat sendiri ke.. hee




Haa.. ni lg mengancam.. GRAPE CENTERPICE! Pernah anda tgk di Malaysia ..? Tak membazir kan.. lps hbs majlis, boleh ngap! Grape yg sesuai sbb apa..
Sebab nya, bebola bulat buah die tu nampak elegan. And the color pun variety jugak kan. Hijau, Purple, ada yg abit merah2 sikit. Ce kalau ltk durian ke, langsat ke, rambutan ke as a centerpiece... agak2 'elegan' tak majlis anda... hehehe

Antara buah lain yg say fikir sesuai utk centerpiece :
Labu
Tembikai [boleh decorate kan isi dalam die kan]
Strawberi
Kiwi
Aprikot [isi dalam pun sgt cantik utk dekorasi]

*Kalau pandai deco, apa buah pun akan nampak artistic sbg centerpiece kan.. ^_^