Friday 20 December 2013

BAJETTING YOUR DOORGIFT

*Abaikan penyalahgunaan english malay diatas ye =)

Baru2 ni balik kampung, attend some weddings.
Disebabkan saya terlibat dalam business wedding, jadi setiap kali attend any wedding occasion, of course saya melihat dan meneliti perincian wedding tersebut.

Kerap kali membaca post tentang keluhan bakal2 pengantin tentang 'mahalnya' nak buat majlis perkahwinan. Of course semua pun nak kene bayar. Hatta sekarang, nak buat cover foto di FB pun caj sampai RM200! Apatah lagila hari2 besar mcm wedding ceremony.

Tapi pada saya, byk sgt cara untuk kita REDUCE THE BUDGET. Yg penting, PLAN,PLAN AND PLAN. Dan jgnla plan 5,6 bulan sebelum. Plan A YEAR AHEAD! Even if kita da ada boyfriend, plan nak kawin tapi tak tahu bila sbb duit tak cukup lagi, takpela, plan je awl2. Sekurang2nya Allah melihat usaha kita untuk berkahwin. [Jgn pandang remeh isu berniat nk kawin ni ye..bila da nikah, tertunai separuh urusan hidup kita]

Byk sgt elemen wedding. Tapi kalini nk sentuh pasal DOORGIFT je.

Selalu kalau kita nak bg doorgift, kita mesti nak bg ikut taste kita, or ikut pemikiran kita or ikut taste/pemikiran mak ayah kita ,kan? On top of that, BUDGET MESTI nak yg rendah tapi best kan..?
*saya da berurusan dgn ribuan customer, semua pun nak yg murah tapi cantik mcm mahal..

1. Kalau nak bg yasin/mathurat/buku doa, sgt bagus. Sebab guest yg dtg, kalau dia guna kita akan dapat pahala. Tapi lepastu mesti kene ada bag kan..?

BAJET :
Yasin 1000-RM1.30 /buku -total RM1300
Beg - 40sen/pcs - total RM400

Tapi takkan nak bagi yasin dgn beg je kan.. biasanya saya lihat, konfim ada makanan /minuman sekali.
Makanan/minuman - RM2/pcs - total RM2000
Lain2 [ie. tag/stiker utk 1000 pcs: RM200]

Total : RM3900

2. Makanan dan minuman
Selalunya yg bagi makanan dan minuman ni, mcm2...coklat,kek,bahulu, dan lain2, plus diorang selalu bagi gula2..
Makanan sekali wrapping : RM 2.50 - TOTAL RM2500
Air Kotak : RM1 - total rm1000
Beg : RM400
Lain2 : RM200

Total : RM4100

Saya bagi dua contoh sahaja. Banyak lagi contoh sbnrnya. Tapi ni yg common yg saya dapat.
Kalau bagi box/tin yg cantik2 tu harga dia RM1.++ , then bagi dlm beg lagi.
Pada pendapat saya, tak perlu tu semua. Letakkan diri anda sebagai guest, jujur saya katakan tak ramai yg simpan beg anda walaupun dia sgt cantik, tak ramai yg simpan tin/box anda walaupun dia sgt elegan. Dan, tak ramai yg betul2 makan apa yg anda bagi. Jadi sbnrnya byk yg anda blh save disitu.

Cadangan saya:
1. Glass jar + sticker + kotak : RM2300
    Isi dalam jar : kekacang [yg tua2 suka kacang, yg muda2 mcm kita pun suka - ia makanan kegemaran semua] utk seribu, mgkn blh dapat RM500 atau mungkin lebih kurang harganya.
Total hanya RM2800
Kalau dia nak buang kotak, silakan. Tapi glass jar biasanya guest tak buang. dia akan guna sebagai tempat ltk benda. Tak kira la walau utk kaler pencil.Dan takde kos lain2 berkaitan doorgift ni.


2. Cupcake + stiker
RM3 - total RM3000
Juga tiada kos lain2


*gambar hanya sekadar hiasan dan contoh

Kalau tanya pendapat saya, saya tak syorkan pemberian gula2/marshmallow atau unsur2 makanan yg berasaskan gula semata2. Cupcake tu sekurang2nya dia ada khasiat sikit [tepung,marjerin]. Sebab, gula sebenarnya menjadi racun pada badan seseorang. Itu hanya pendapat sy sahaja.

Zahra Weddings
www.facebook.com/szwedding
www.twitter.com/szwedding


No comments:

Post a Comment